Akaun wanyusof.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Zenslides

Zenslides

Setiap hari di Facebook, saya berkongsi tips bina slide berpengaruh. Semua posting ini ditandakan dengan #zenslides. Tuan dan Cikpuan boleh cari di Facebook.

#Zenslides adalah teknik hasilkan slide berpengaruh. Teknik ini mengumpulkan teknik-teknik yang senang dan mudah. Apabila digunakan, slide bosan jadi mengancam.

Teknik #Zenslides dihasilkan selepas membaca dan mencuba macam-macam teknik Powerpoint presentation. Mula dibina seawal tahun 2010. Dari hari itu teknik #Zenslides dibaiki dan dikemaskini sampailah ke hari ini.

Ini adalah contoh aplikasi #Zenslides.

APA YANG AKAN SAYA PELAJARI DALAM #ZENSLIDES?

#Zenslides adalah kursus online. Anda akan menonton video pendek yang menerangkan setiap prinsip dan trik #Zenslides.

Aksesnya tiada had limit. Ada nota dan video tambahan yang akan ditambah dari semasa ke semasa.

Video 1: Apa itu Zenslides
Memahami perbezaan #Zenslides dengan kaedah yang lain. Anda akan didedahkan dengan keupayaan transformasi slide yang boleh dihasilkan menerusi teknik-teknik #Zenslides.

Video 2: Tujuan Zenslides
Dalam tajuk ini, anda akan didedahkan bagaimana #Zenslides boleh memberikan impak dan bagaimanakah tujuan slide mempengaruhi hasil akhir slide.

Video 3: Prinsip Lebihan adalah Gangguan
Ini adalah prinsip pertama #Zenslides. Dengan hanya menguasai prinsip pertama ini, anda akan melihat perubahan yang sangat-sangat ketara pada slide yang dihasilkan.

Video 4: Kuasa Berganda Imej
Prinsip kedua ini adalah prinsip kegemaran ramai peserta #Zenslides. Semua orang tahu imej memberikan impak visual power pada slide. Cuma bagaimanakah menggunakan imej dengan betul?

Video 5: Ruang Pernafasan Penglihatan
Bunyi macam canggih. Sekali baca macam faham. Dua kali baca sukar nak faham. Hehe. Ini prinsip ketiga yang unik. Apabila prinsip ini dipraktikkan, anda boleh nampak kesan menarik. Slide jadi berpengaruh dan berimpak tinggi.

Video 6: Empat Hero Fantastik
Prinsip keempat akan mendedahkan empat trik yang sangat-sangat senang digunakan. Apabila digunakan, slide bertukar. WOW!. Slide jadi sangat focus. Seandainya audiens tertidur sewaktu presentation, audiens masih boleh ingat poin power anda. Syaratnya, amalkan prinsip 4 Hero Fantastik.

Video 7: Prinsip Melekat
Apabila sudah menguasai #Zenslides, kita perlukan kilapan emas yang terakhir. Supaya makin bersinar dan bercahaya. Inilah yang didedahkan dalam prinsip melekat. Bagaimana menjadikan mesej itu melekat seperti gam cap gajah. Gabungan #Zenslides dan prinsip melekat.

TAWARAN #ZENSLIDES?

Harga asal RM99

Sekarang RM20 sahaja